
MakCik Travels
#WanitaJagaWanita
FAQ ADINITA
Permohonan AdiNita
Siapakah AdiNita
AdiNita adalah wanita yang bekerja secara ‘freelance’ (atau pekerja bebas) dan berdaftar dengan operator MakCik Travels iaitu Auntie Wanders Enterprise. Pendaftaran sebagai AdiNita adalah percuma. AdiNita melalukan tugas sebagai pemandu atau peneman kepada pelanggan wanita dan individu berkeperluan khas.
Bagaimana memohon menjadi AdiNita?
Pendaftaran sebagai AdiNita adalah mudah. Anda boleh isi borang dalam talian dan hantar semua dokumen yang dikehendaki. Anda juga boleh menggunakan aplikasi WhatsApp dan menghubungi admin di nombor 010-228 4020 dan hantar semua dokumen melalui whatsapp.
Berikut adalah pautan ke borang dalam talian.
http://bit.ly/Pendaftaran-AdiNita
Admin akan membuat semakan dokumen anda. Setelah berjaya mendaftar, anda akan diberikan akses ke pelantar tempahan MakCik Travels yang digelar BooMS. Dalam pelantar ini anda boleh akses tempahan-tempahan yang diterima oleh MakCik Travels.
Apakah link untuk pendaftaran AdiNita?
Ini adalah link pendaftaran: http://bit.ly/Pendaftaran-AdiNita
Apakah syarat-syarat menjadi AdiNita
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
1. Wanita
2. Warganegara Malaysia
3. Umur 20-55 tahun
4. Lulus SPM atau ujian ringkas AdiNita
5. Sihat tubuh badan
6. Kelayakan pemandu – Lesen memandu yang sah, berpengalaman memandu lebih 2 tahun, mahir menggunakan Waze dan Google Map, kereta berumur kurang 10 tahun.
Apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan?
Dokumen yang perlu dihantar adalah berikut:
1. Foto diri
2. Kad pengenalan
3. Borang Pemeriksaan Kesihatan yang dilengkapkan (sekiranya umur 50 tahun ke atas)
4. Untuk daftar sebagai Pemandu – Lesen memandu yang sah, Foto Kereta
Berapakah yuran pendaftaran untuk menjadi AdiNita?
Borang Pemeriksaan Kesihatan
Perjanjian sebagai AdiNita
Mengapakah saya perlu berikan gambar diri dan gambar kereta?
Mengapakah saya perlu membayar PERKESO?
Bertugas sebagai AdiNita
Apakah tugas peneman?
Apakah tugas pemandu?
Adakah saya perlu menggunakan aplikasi untuk terima tempahan?
MakCik Travels menggunakan web-based platform untuk menguruskan tempahan yang dipanggil BooMS (Booking Management System). Tiada aplikasi yang perlu install kecuali aplikasi berikut:
1. Waze/Google Map
2. WhatsApp (komunikasi dengan pelanggan dan admin)
3. Telegram (untuk terima notifikasi)
4. Browser Internet seperti Chrome, Firefox.
Bilakah waktu bekerja?
AdiNita boleh memilih tempahan yang ingin dilakukan mengikut kesesuaian waktu dan masa mereka. Tempahan selalunya diproses dari pukul 8pagi hingga 12malam. Namun, job dijalankan 24 jam. Contohnya job ke KLIA ada kemungkinan dilakukan pada lewat malam atau selepas pukul 12 malam. Harga tempahan bergantung kepada waktu job dijalankan.
Adakah saya diwajibkan mengambil tempahan?
Tiada paksaan dari pihak MakCik Travels untuk mengambil tempahan. Namun di kawasan yang aktif tempahan (seperti Kuala Lumpur, Taiping, Selangor), AdiNita wajib mengambil tempahan sekurang-kurangnya SATU KALI dalam 3 BULAN. AdiNita yang tidak aktif (di kawasan tempahan tinggi) dalam masa 3 bulan dari tarikh akhir menjalankan job, akaun BooMS AdiNita akan dibekukan secara otomatik.
Bolehkah saya bercuti?
AdiNita boleh bercuti. AdiNita perlu memaklumkan admin tentang cuti yang ingin diambil supaya akaun tidak dibekukan kerana tiada aktiviti.
Apakah kelebihan yang saya dapat selain menjana pendapatan?
Selain menjana pendapatan, AdiNita berpeluang mengikuti kursus yang ditawarkan dengan kerjasama universiti tempatan. Kursus yang ingin ditawarkan adalah masih dalam peringkat perbincangan.
Adakah semua pelanggan MakCik Travels wanita?
90% dari pelanggan MakCik Travels adalah wanita. Selebihnya adalah kanak-kanak (lelaki dan wanita), warga emas dan orang kurang upaya.
Apakah tempahan berulang dan bagaimanakah cara pembayarannya?
Tempahan berulang adalah tempahan dibuat selama beberapa hari, minggu atau bulan. Selalunya permintaan pelanggan adalah supaya mendapat peneman atau pemandu yang sama untuk melakukan job tersebut. Maka bayaran kepada AdiNita bergantung kepada situasi. Selalunya bayaran tersebut diberikan 50% semasa memulakan job dan 50% selepas tamat job.
Bolehkah saya jalankan tugas semasa situasi seperti PKP?
Bagi menjaga keselamatan AdiNita, kami akan sentiasa mengingatkan dan menasihatkan AdiNita berkenaan sebarang peraturan atau SOP yang digariskan oleh kerajaan. Untuk menyokong tugas AdiNita, pihak pengurusan akan menyediakan surat rasmi sebagai sokongan AdiNita yang menjalankan tugas.
Berikut adalah contoh SOP semasa Perintah Kawalan Pergerakan:
Penjanaan Pendapatan
Bagaimanakah cara untuk saya menjana pendapatan?
AdiNita mendapat pendapatan melalui tempahan yang berjaya dijalankan. Admin MakCik Travels akan menguruskan tempahan dan menghantar tempahan tersebut melalui sistem yang digunakan bergelar BooMS. Apabila AdiNita mengambil tempahan dan menjalankan tempahan tersebut dengan jayanya, pelanggan akan membayar caj tempahan tersebut sepenuhnya kepada AdiNita.
Untuk mengambil tempahan di BooMS, AdiNita membeli e-points. Setiap kali tempahan diambil, e-points AdiNita akan ditolak dan ini merupakan komisyen yang diambil oleh MakCik Travels.
Apakah e-points?
Setiap tempahan mempunyai nilai e-points. E-points mewakili komisyen yang ditolak oleh MakCik Travels. AdiNita perlu mempunyai e-points untuk mengambil tempahan. E-points boleh dibeli melalui sistem BooMS. Tiada had pembelian untuk e-point. Namun, sistem FPX yang digunakan akan mengenakan caj RM1 untuk setiap transaksi.
Komisyen yang diambil adalah bagi menanggung operasi MakCik Travels termasuklah pembayaran gaji admin-admin yang bertugas, pembayaran penggunaan pelantar dan juga untuk menanggung keperluan lain bagi memastikan kelestarian servis.
Berapakah komisyen yang diambil syarikat dari setiap tempahan
Syarikat hanya mengambil 25% dari caj tempahan yang dibuat. Komisyen ini dibuat dengan pemotongan epoints AdiNita.
Komisyen yang diambil adalah bagi menanggung operasi MakCik Travels termasuklah pembayaran gaji admin-admin yang bertugas, pembayaran penggunaan pelantar dan juga untuk menanggung keperluan lain bagi memastikan kelestarian servis.
Bagaimana cara untuk top up e-points?
Bolehkah saya membuat jualan dengan pelanggan MakCik Travels?
Tujuan MakCik Travels adalah untuk membantu wanita dalam penjanaan kewangan. Namun, AdiNita tidak boleh mempromosi bisnes peribadi tanpa kebenaran pihak pengurusan semasa menjalankan job kerana dikhuatiri mengganggu pelanggan MakCik Travels.
Sekiranya anda ingin mempromosi produk jualan, sila email permohonan menjalankan promosi bisnes kepada ceo@makciktravels.com untuk pertimbangan pihak pengurusan.
Bolehkah saya refund epoints sekiranya berhenti dari MakCik Travels?
E-points yang dibeli tidak boleh ditukar dalam bentuk wang, maka refund tidak boleh dilakukan. AdiNita dinasihatkan untuk menjalankan job kerana susut nilai epoints hanya boleh dilakukan dengan mengambil tempahan.
Adakah KWSP dan PERKESO dibayar oleh Majikan?
Memandangkan AdiNita bekerja secara freelance, Auntie Wanders Enterprise (AWE) selaku operasi MakCik Travels, bukanlah majikan tetap. Maka, AdiNita dinasihatkan untuk membuat sendiri caruman KWSP dan PERKESO. Namun AdiNita boleh berbincang dengan pihak pengurusan sekiranya ingin bantuan dalam pengurusan kewangan melibatkan KWSP dan PERKESO atau memerlukan surat sokongan atau pengesahan sebagai AdiNita.
Bagaimana cara untuk berhenti dari MakCik Travels?
AdiNita boleh memaklumkan admin mengenai niat untuk berhenti dari MakCik Travels supaya akaun akan dinyahaftifkan dan nombor dikeluarkan dari notifikasi tempahan.
Penggunaan BooMS
Apakah BooMS?
BooMS atau Booking Management System adalah sistem yang menguruskan semua tempahan MakCik Travels. BooMS boleh diakses secara percuma oleh semua AdiNita yang berdaftar dengan MakCik Travels.
AdiNita boleh akses BooMS melalui website www.MakCikTravels.com. Sila hubungi admin sekiranya anda memgalami masalah untuk akses BooMS.
Bagaimana cara untuk login BooMS?
Untuk login BooMS:
1. Lawat laman web MakCik Travels.
2. Pergi tab AdiNita.
3. Click bahagian Registered AdiNita, Login BooMS.
4. Masukkan nombor telefon dan password anda.
5. Sila hubungi admin sekiranya anda bermasalah untuk login.
Bolehkah saya dapatkan sejarah Job yang saya lakukan di BooMS
Anda boleh menyemak senarai job yang telah dilakukan dan berapa banyak pendapatan yang dijana dari job-job yang dijalankan di dalam BooMS.
Sila hubungi admin sekiranya anda berasa terdapat kesilapan rekod yang dijana oleh BooMS.
Bolehkah saya ambil job dari BooMS?
Apakah tujuan group telegram?
Tujuan group telegram adalah untuk memastikan setiap AdiNita mendapat notifikasi job yang masuk. Tempahan yang telah dibuat oleh admin akan dimasukkan kedalam BooMS. AdiNita boleh mengambil tempahan tersebut setelah di’broadcast’ melalui telegram.
Bolehkah saya jana 'payslip' dari BooMS?
BooMS boleh menjana pendapatan bulanan AdiNita sebagai rekod aktiviti yang telah dijalankan.
Troubleshooting JOB
Bolehkah saya batal tempahan yang diambil?
Pembatalan tempahan oleh AdiNita adalah tidak digalakkan kecuali terdesak, seperti kematian ahli keluarga atau sakit. Sekiranya AdiNita membatalkan tempahan disebabkan punca yang lain, job tersebut akan di’broadcast’ kembali dan admin tidak restore epoints kerana harus melalukan tambahan tugas mendapatkan AdiNita baru.
Bolehkah saya dapatkan surat perjalanan semasa PKP?
Surat kebenaran rasmi untuk perjalanan semasa PKP boleh diminta dari admin. Surat hanya dikeluarkan untuk tempahan yang dijalankan oleh AdiNita. Surat tidak boleh dikeluarkan untuk tujuan lain.
Apakah tindakan saya sekiranya pelanggan batal tempahan?
Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, maklumkan kepada admin dengan kadar segera. Admin akan pulangkan epoints sekiranya pembatalan tersebut dilakukan oleh pelanggan.
Bolehkah saya pass job saya kepada AdiNita lain?
Job/tempahan yang telah diambil oleh AdiNita, tidak boleh diberikan kepada AdiNita lain atau orang lain tanpa pengetahuan admin AdiNita. AdiNita juga tidak boleh MENERIMA tempahan yang diberikan oleh AdiNita lain. AdiNita akan dikenalkan penalti sekiranya didapati melanggar peraturan ini.
Bolehkah saya ambil job semasa PKP?
AdiNita boleh mengambil job tetapi dengan risiko sendiri. Admin mempunyai protokol saringan semasa PKP. Bagi menjaga keselamatan AdiNita, kami ingin mengingatkan dan menasihatkan AdiNita berkenaan SOP semasa PKP.