free website builder

Sejarah MakCik Travels


Syarikat Auntie Wanders Enterprise didaftarkan pada 21 November 2018 sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk wanita di daerah Hulu Langat. Idea tercetus apabila Siti Sarah sering menjalankan perkhidmatan ala-ala 'Grab' kepada rakan-rakan wanitanya. Perkhidmatan yang bermula di Bangi mendapat sambutan yang baik dan terdapat permintaan yang tinggi dari wanita di luar Bangi. Maka mereka meluaskan perkhidmatan mereka di Kuala Lumpur dan beberapa bandar di Selangor. Inisiatif ini juga dikembangkan di luar Kuala Lumpur yang diusahakan oleh beberapa agen yang telah dilatih dan dilantik untuk menjalankan perkhidmatan yang sama seperti di Bangi.

Nama MakCik Travels diilhamkan dari Instagram Profile, Dr Sazlina iaitu Travelling Makcik, yang merupakan IG travel blog beliau. Dr. Sazlina Kamaralzaman dan anaknya, Siti Sarah Anuar adalah pengasas dan pemilik Auntie Wanders Enterprise.

Mobirise

Perkembangan Syarikat & Penganugerahan

Pada bulan Mac 2019, beberapa pembaharuan telah berlaku. Agen yang pertama telah dilancarkan pada 2 Mac 2019 di Taiping dibawah pengurusan agen, Nurul Hasanah. Dan pada 8 Mac 2019, setelah hampir 5 bulan beroperasi, Auntie Wanders Enterprise menukar konsep perkhidmatan dari e-hailing wanita kepada Teman Perjalanan untuk Wanita. Setelah menilai dan mengkaji perkhidmatan yang dijalankan, didapati kebanyakan wanita menempah pengangkutan dengan MakCik Travels kerana risaukan keselamatan diri mereka semasa ingin ke tempat yang ditujui. Bagi menyahut keperluan wanita di seluruh Malaysia, syarikat mengambil keputusan untuk menukar konsep perkhidmatan kepada Teman Perjalanan. Dengan perubahan konsep perkhidmatan ini, diharapkan lebih ramai wanita akan mendapat manfaat darinya.


Dr Sazlina dan Auntie Wanders Enterprise telah memenangi anugerah Silver Tulip Award dan Special Jury Award di London pada bulan Februari 2019.

MakCik Travels beroperasi di Bangi, Selangor manakala Pejabat Dr Sazlina, CEO pula adalah di Bangunan Mara, Kuala Lumpur. 

Latihan

Auntie Wanders Enterprise menjalankan latihan kepada agen dan peneman dari masa ke semasa.

   

Agen Pertama di taiping

MakCik Travels mula melebarkan sayapnya ke Taiping, Perak pada bulan yang sama Taiping dinobatkan sebagai Bandar terbaik Di Dunia!!

© Copyright 2019 MakCikTravels - All Rights Reserved